Tujuan lawatan ini adalah untuk pelajar menambah ilmu pengetahuan khasnya dalam bidang Pendidikan Seni Visual serta memberi pengalaman yang menarik dan tidak dapat diperolehi di kampus Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS). Rombongan lawatan ini terdiri daripada 48 orang pelajar IPGKS dan 3 orang pensyarah. Laman sesawang ini pula dicipta bagi tujuan penerbitan secara maya yang mengandungi maklumat lawatan dan pergerakan pelajar sepanjang lawatan dilakukan.